Bahaya Nenas Ketika Hamil! Betul ke?

Ada orang kata makan nenas masa tengah hamil boleh sebabkan keguguran. Selalu jugak dengar orang tua kata gini. Petua dulu-dulu katanya.

Tapi, betul ke?

Nenas ni adalah sejenis buah tropika yang kaya dengan fiber, mineral dan vitamin C. Ianya baik untuk bantu hilangkan berat badan (haa.. ni mesti ramai suka. hehe), membantu sistem saraf dan jantung, menguatkan sistem imun dan membantu memastikan kesihatan tulang.

Pineapple

Namun begitu, ibu hamil kena berhati2 ketika makan nenas terutamanya apabila masih di awal usia kehamilan. Dikhuatiri, hanya dengan seulas sahaja nenas boleh menyebabkan keguguran.

Antara fakta lain memakan nenas ketika kehamilan:

  1. Nenas juga kadang-kala disyorkan sebagai satu cara semulajadi membantu proses kelahiran, apabila nenas dimakan ketika usia kehamilan mencecah 38 minggu. Ini kerana terdapatnya enzim-enzim tertentu dalam nenas yang membantu melembutkan pangkal rahim dan menyebabkan pengecutan otot-otot rahim. Namun, belum banyak kajian saintifik untuk menyokong fakta ini.
  2. Memakan nenas membantu ibu hamil menjadi lebih tenang, terutama untuk ibu-ibu yang sering resah gelisah semasa hamil. Tapi, amaun dan kadar pengambilannya harus juga dipertimbangkan.
  3. Bagi ibu-ibu yang masih berada di peringkat awal dan pertengahan kehamilan, cuba elakkan untuk memakan nenas kerana dikhuatiri keguguran dan bayi boleh dilahirkan dalam keadaan pramatang. Ini disebabkan nenas boleh merangsang pengecutan otot-otot rahim, dan seterusnya menyebabkan keguguran.

 

Apa-apa pun, tidak banyak kajian saintifik tentang perkaitan antara keguguran dan pengambilan nenas semasa hamil. Apa yang boleh disarankan, berjumpalah dengan doktor anda untuk kepastian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close